Asas-asas Hubungan Insan

1 Kenapa Kita Perlu Mempelajari Hubungan Insan?
Hubungan yang baik dengan orang lain merupakan satu perkara penting dalam kehidupan kita. Untuk menjalin hubungan baik dengan orang lain, kita perlu memiliki kemahiran komunikasi berkesan. Selain daripada itu, kita juga perlu memahami beberapa prinsip-prinsip asas psikologi supaya dapat memberikan panduan kepada kita bagaimana untuk menjalin hubungan yang baik dengan orang lain.

2 Kenapa Kita Perlu Mengetahui Tentang Konteks?
Konteks bermaksud latarbelakang sesuatu perkara. dalam kita beriteraksi dengan orang lain, kita perlu mengetahui mengapa seseorang mempunyai tingkahlaku yang tertentu. Misalnya kenapa Ahmad berjalan sambil merendahkan badan, adakah dia ada masalah tulang belakang. Pengetahuan kita tentang konteks membolehkan kita membuat telahan yang tepat, kita mengetahui bahawa Ahmad bertindak sedemikian kerana beliau mengamalkan adat resam Melayu di mana seseorang perlu merendahkan badan sebagai menghormati orang-orang yang lebih tua ketika melalui atau melintas di hadapan mereka. Pengetahuan tentang konteks adalah perlu dalam membantu kita memahami tingkahlaku orang-orang lain. Ini mengelak kita 'terjun' dalam membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihat secara lebih terperinci.

3. Kaitan Di Antara Sains, Psikologi dan Hubungan Insan
Kemahiran berkaitan dengan hubungan dengan orang lain bergantung kepada kefahaman kita tentang Psikologi iaitu kajian saintifik tentang pemikiran, perasaan, dan tingkkahlaku orang-orang lain. Oleh itu Hubungan Insan bukanlah kemahiran berkomunikasi semata-mata, pengetahuan tentang psikologi manusia adalah penting yang menjadi asas kepada pemahaman kita.

4. Dimensi Budaya

Satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkahlaku seseorang ialah budaya. Perbezaan budaya boleh menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada budaya yang berlainan. Untuk memahami unsur rentas budaya ini, kajian yang dibuat oleh Hofstede adalah relevan. Beliau telah memformulasikan budaya kepada 4 dimensi iaitu (1) Individualism-Collectivism; (2) Power Distance; (3) Uncertainty Avoidance: dan (4) Masculinity-Feminity.

4.1 Dimensi Individualism-Collectivism
Dimensi I-C adalah berasaskan kepada kepentingan relatif yang diletakkan oleh seseorang terhadap kepentingan individu dengan kepentingan kumpulan sosial.
4.2 Dimensi Power Distance
Dimensi PD adalah berkaitan dengan bagaimana seseorang itu memandang isu ketidaksamarataan manusia.
4.3 Dimensi Uncertainty Avoidance
UA adalah berkaitan dengan sejauh mana seseorang itu dapat menghadapi situasi yang tidak diketahui.
4.4 Dimensi Masculinity-Feminity
Dimensi M-F pula melihat kepada darjah perbezaan di antara peranan yang dimainkan oleh lelaki dan wanita dalam sesuatu budaya.

No comments: