Memahami Diri

Terdapat beberapa isu dalam kita mengenali diri kita iaitu: Pertama, bagaimana kita mengenali diri kita? Kedua, bagaimana kita membina pengetahuan tentang diri kita? Ketiga, bagaimana kita menampilkan diri kita? dan keempat, bagaimana kendiri kita berkembang?

1 Memahami Diri Sendiri
Terdapat beberapa konsep yang berguna untuk kita memahami diri sendiri iaitu (1) self-concept; (2) self-esteem; dan (3) self-efficacy.

1.1 Konsep Kendiri (Self Concept)
Self-concept atau Konsep kendiri ialah tanggapan yang anda anda terhadap diri anda sendiri. Misalnya anda mungkin menanggapi diri anda sebagai cantik, kacak, berani, pintar, bertanggungjawab, pendiam, penyayang dan sebagainya. Fungsi konsep kendiri ialah untuk mengurus maklumat diri anda. Bila sesuatu maklumat sampai kepada anda, anda akan membuat interpretasi. Terdapat dua bentuk interpretasi aitu: (1) self-verification; dan (2) self-enhancement.

Self-verification ialah di mana kita menyimpan dan mencari maklumat yang mengesahkan konsep kendiri kita. Sebagai contoh, seorang yang bodoh semasa kecilnya dan menanggapi dirinya sebagai bodoh (maksudnya dalam self-concept dia menganggap dirinya bodoh) akan terus menganggap dirinya bodoh walau pun dia dapat memperbaiki diri. Konsep kendirinya telah membataskan keupayaan untuk mengubah diri dan merebut peluang yang boleh dipergunakan.

Self-enhancement ialah keperluan diri untuk 'feel good' tentang diri kita. Untuk itu kita akan memilih sesuatu yang membolehkan kita 'feel good' dan cuba mengelakkan daripada memilih sesuatu yang menyebabkan kita 'feel bad'. Sebagai contoh, sekiranya kita takut kepada darah, tetapi suka kepada rekabentuk bangunan, kita tidak akan memilih jurusan perubatan, sebaliknya kita akan memilih jurusan architecture.

Satu lagi aspek yang mempengaruhi konsep kendiri kita ialah 'possible selves'. Possible selves adalah wawasan, samada positif atau negatif yang membolehkan kita untuk mencapai impian kita. Misalnya sekiranya kita sentiasa mengingatkan diri kita, "Anda bakal jadi pelajar paling cemerlang di UKM" maka ini akan mendorong kita untuk berusaha kuat untuk merealisasikan impian tersebut.

1.2 Self Esteem
Self-esteem ialah apa yang kita rasakan terhadap diri kita, sejauh mana kita berpuashati dengan konsep kendiri kita. Ianya boleh dianggap sebagai sesuatu yang berada di antara konsep kendiri dengan ideal self. Self-esteem bertujuan untuk memberi maklumbalas tentang dua aspek penting dalam kehidupan kita iaitu (1) a sense of belonging; dan (2) a sense of meaningfulness.
Aspek 'sense of belonging' dapat dijelaskan oleh Teori Sociometer yang dibangunkan oleh ahli-ahli Psikologi yang bernana Mark Leary dan rakan-rakan. Teori ini memberikan penjelasan terbaik bagaimana untuk mengukur 'sense of belonging' kita. Teori ini menjelaskan bahawa self-esteem bertindak sebagai pengukur yang boleh mengukur tahap penerimaan seseorang terhadap persekitaran di mana seseorang itu berada.
Self esteem adalah dipengaruhi oleh maklumbalas orang lain terhadap kita. Semenjak dari kecil lagi, kita akan menerima maklumbalas daripada orang lain yang menanggapi diri kita samada baik atau tidak baik. Maklumbalas tersebut terdiri daripada berbagai bentuk, samada verbal atau non-verbal. Tahap self-esteem kita adalah bergantubng kepadfa sejauh mana kita meyakini apa yang ditanggapi oleh orang lain. Misalnya jika guru mengatakan kita pintar, self-esteem kita meningkat kerana kita mempercayai apa yang dikatakan oleh guru tersebut. Begitulah juga sebaliknya.
1.3 Self Efficacy
Self-efficacy ialah sejauh mana kita mempercayai bahawa kita berupaya atau dapat mencapai matlamat yang diingini. Konsep self-efficacy ini mempunyai kaitan dengan konsep-konsep self-concept dan self-esteem. Ianya boleh dianggap sesuatu yang menghubungkan di antara self-concept dengan self-esteem. Self-concept menggambarkan apa yang kita fikir tentang diri kita, manakala self esteem pula menggambarkan apa yang kita rasa tentang diri kita. Oleh ityu dalam self efficacy terdapat komponen-komponen kognitif dan emosi yang menjadi penghubung di antara self-concept dengan self esteem.
2. Membina Self Knowledge
Self knowledge merujuk kepada pengetahuan tentang motivasi, kepercayaan, pengharapan, nilai, kekuatan dan kelemahan diri. Ianya boleh dianggap sebagai penjelas kepada ketepatan self concept. Seorang yang pemalu sebagai contoh, akan bertindak keluar daripada self-conceptnya jika terdapat situasi yang mendorongnya untuk bertindak sebaliknya. Seorang yang biasanya pemalu akan menjadi tidak pemalu dalam keadaan tertentu contohnya dalam keadaan kecemasan. Ini adalah gambaran yang lebih tepat pada diri. Oleh itu, kita perlu membina self knowledge supaya self concept yang kita ada menjadi lebih tepat.
Untuk membina self knowledge, kita perlu tahu: (1) Perbandingan Sosial; (2) Self Perception Theory; (3) Bertanyakan orang lain; dan (4) Tingkap Johari.
2.1 Perbandingan Sosial
Pengetahuan kendiri atau self-knowledge dapat diperbaiki dengan beberapa cara. Perbandingan sosial melibatkan penilaian diri anda sendiri berdasarkan perbandingan dengan orang lain. Teori ini diasaskan oleh Leon Festinger dan berperanan penting dalam membina konsep kendiri.
Pengetahun kendiri berfungsi untuk memperbaiki kesedaran kendiri (self-awareness) dan konsep kendiri (self concept). Perbandingan sosial menjadikan seseorang itu memperbaiki diri berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada orang lain di sekeliling.
Para pengkaji yang terlibat dalam kajian rentas budaya mendapati bahawa terdapat perbezaan di antara 'individualists' dan 'collectivists' berkaitan dengan perbandingan sosial. "Collectivists' didapati lebih banyak terlibat dalam perbandingan sosial berbanding dengan rakan individualists' mereka.
2.2 Self Perception Theory
Satu lagi cara untuk memperbaiki ketepatan konsep kendiri kita ialah melalui persepsi kendiri (self perception). Teori ini mengatakan bahawa kita membuat andaian terhadap diri kita berdasarkan kepadam pemerhatian kita terhadap tingkahlaku, pemikiran dan perasaan kita. Misalnya bila kita asyik melihat cermin, ini menandakan kita begitu menghargai penampilan diri kita.
2.3 Bertanyakah Orang Lain
Cara ketiga untuk memperbaiki pengetahuan kendiri (self knowledge) ialah dengan bertanya dan berbincang dengan orang lain. Ini sebenarnya dapat menjelaskan perkara-perkara yang anda agak keliru. Dalam pembelajaran, seseorang pelajar dapat mengingat dan memahami apa yang dipelajari dengan lebih baik jika dia berbincang dengan pelajar-pelajar lain.
Walaubagaimana pun, terdapat risiko anda akan menerima maklumbalas negatif bila anda bertanyakan pada orang lain. Anda mesti sedar, maklumbalas yang negatif ini berpunca dari kisah lama yang sudah tidak relevan lagi atau dari seseorang yang mempunyai motif yang terselindung. Maklumbalas yang negatif ini jugga akan memberikan kesan pada konsep kendiri kita.
2.4 Tingkap Johari
Type here page 49

3. Penampilan Diri Di Mata Orang Lain
Untuk memahami bagaimana kendiri kita berkembang, teori-teri yang berkaitan ialah: (1) Erikson's Theory; (2) Levinson's Theory; dan (3) Sheehy's Theory.

No comments: